Terus semangat belajar dan berbagi ilmu sampai ke liang lahat, demi menjadi Hamba اللّهُ yang Kaffah.

9 Wanita Surga Yang Patut Dicontoh

Assalamu'alaikum



*9 WANITA SURGA YANG PATUT DI CONTOH*

#SEMOGA kita dari SALAH 1 nya

*1. Siti Khadijah :*🌹
Beliau merupakan isteri Rasulullah ﷺ yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan mendukung Rasulullah ﷺ walaupun ditentang hebat oleh orang - orang kafir dan musyrik, mengantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

*2. Siti Fatimah :*🌹
Putri Rasulullah ﷺ yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berbagi 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah ﷺ pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

*3. Siti Aisyah :*🌹
Beliau isteri Rasulullah ﷺ yang paling romantik. Sanggup berbagi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi ﷺ minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

*4. Siti Hajar :*🌹
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah ﷻ. Sanggup ditinggalkan oleh Ibrahim atas suruhan Allah ﷻ demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail.

*5. Siti Maryam :*🌹
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri & mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah ﷻ untuk mengandungkan Nabi Isa.

*6. Siti Asyiah :*🌹
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

*7. Siti Aminah :*🌹
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah ﷺ. Mendidik baginda menjadi Insan Mulia.

*8. Siti Muti’ah :*🌹
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah ﷻ Syurga untuknya karena setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik untuk tatapan suaminya saja.

*9. Siti Zubaidah :* 🌹
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rasyid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat karna Allah Subhanahu Wa Ta'alaa

Semoga ALLAH ﷻ senantiasa membimbing kita dalam keadaan Iman....
Aamiin YRA 🌷🌷